Dulu saya tak minat langsung dalam bidang bisnes.
Padahal ayah ada perniagaan sendiri & ibu dulu rajin buat direct selling.
Pernah cakap pada diri sendiri bisnes ni leceh & menyusahkan. Malas nak fikir banyak. Baik makan gaji jek.
.
Tiba-tiba persepsi saya berubah sejak selepas saya bersalin anak sulung pada tahun 2012.
Kerap tengok fb tengok orang berniaga macam-macam.
Terdetik hati nak cuba buat bisnes.
.
Saya bermula dengan dropship.
Mula belajar selok belok bisnes online.
Belajar sendiri tanpa mentor.
Diakui ada pasang surut dan jatuh bangun nya.
.
Setelah hampir 4 tahun buat bisnes secara offline & online, Alhamdulillah tidak menghampakan.
Dapat capai sales 4 angka & keuntungan hampir 4 angka cukup memadai.
Target setiap bulan perlu dicapai.
Dah tentunya mahukan lebih lagi dari yang tercapai.
Tidak mahu terus berada dalam zon selesa.
.
Apa yang penting kuatkan semangat dan sentiasa positif.
Jangan merungut & mengungkit.
Belajar dari pengalaman.
Jangan takut terbuat silap.
.
#tsunamishaklee
#ireach
#shakleeeffect
#liveamazing
#ejazg3
No comments:
Post a Comment